SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Sunday 22 July 2012

talian Allah 24434

TALIAN ALLAH 24434 Allah amat mengasihi kita. Setiap masa kita boleh 'menelefon-Nya', tidak kira tempat dan waktu. Kita hanya perlu menghadap-Nya dan membuat aduan kita tanpa sebarang had. Apabila kita mendail talian Allah, tiada istilah 'talian sibuk'. Allah menerima setiap panggilan hamba-hamba-Nya tanpa mengira waktu dan amat mengetahui siapakah para pemanggil-Nya itu. Talian 24434 adalah talian yang paling mudah untuk mendail-Nya.. Mengapa 24434??? 2 Rakaat - Subuh 4 Rakaat - Zuhur 4 Rakaat - Asar 3 Rakaat - Maghrib 4 Rakaat - Isyak Jika ingin lebih sempurna dan lebih dekat lagi dengan-Nya, anda boleh tambah lagi nombor-nombor tersebut dengan mendail talian 2 yakni solat Tahajud, Dhuha, dan Taubat. Kita juga boleh mendail talian 30 yakni al-Quran yang memiliki 30 Juzuk atau mendail 99 Asmaul Husna, yakni nama-nama Allah. Untuk lebih cantik kita boleh dail 33 zikir, Subhanallah, walhamdulillah, dan Allahuakbar. Yang pasti talian Allah ini adalah secara terus, telus, tanpa operator, tanpa perantara, tanpa tinggalan pesanan dan tanpa sebarang bayaran bil. jumlah taliannya juga terlalu banyak, tidak akan wujud istilah 'talian sibuk', dibuka 24jam sehari, 7 hari seminggu sehingga hayat kita akahirnya kembali kepada-Nya. Sebenarnya, inilah talian yang wajib kita dail setiap hari. Sayangnya, ramai yang mengabaikan talian Allah ini kerana manusia lebih tergoda kepada talian duniawi meskipun kadangkala tidak mendapat jawapan, dibalas mesin suara dan tiada kawasan liputan.

No comments:

Post a Comment