SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Sunday 28 October 2012


Oleh Dr. NORSUHANA A.H.
Daging membekalkan keperluan nutrien penting seperti protein, zink, selenium, vitamin A, B12, dan asid folik kepada tubuh. Tahukah anda perbezaan antara daging merah dengan daging putih?

Kedua-dua daging ini dibezakan berdasarkan kandungan mioglobin. Kandungan mioglobin daging putih seperti ayam adalah kurang daripada 0.05 miligram, manakala daging merah mengandungi mioglobin dalam kuantiti yang lebih tinggi.

Kajian mendapati bahawa pengambilan daging merah seperti daging lembu, kambing, dan biri-biri pada kadar yang berlebihan mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan. Penyakit barah, diabetes jenis dua, dan kardiovaskular merupakan antara penyakit berisiko yang bakal dihidapi sekiranya mengambil daging merah dalam jumlah dan kekerapan yang tinggi.

Barah kolorektum, pankreas, dan payudara antara penyakit barah yang sering dikaitkan dengan pengambilan daging merah. Banyak kajian epidemiologi menunjukkan bahawa perkaitan antara pengambilan daging merah dengan penyakit barah.

Laporan terkini yang dikeluarkan oleh seorang saintis Barat, Ferguson (2010), mendapati bahawa risiko mendapat barah kolorektal meningkat sebanyak 12 peratus hingga 17 peratus melalui pengambilan sebanyak 100 gram daging merah.

No comments:

Post a Comment