SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Wednesday 31 October 2012

Tips Penjagaan Tayar Kereta -Alignment & Balancing


Seperti yang semua tahu, tayar adalah perkara terpenting bila sesuatu kereta bergerak. Kalau tak ada tayar tak tahu lah camne gayanya kan.. Bagaimana kita nak maintain supaya tayar tu sentiasa sihat & boleh berbakti untuk kita selalu??
Kat bawah ni ada disenaraikan beberapa keperluan atau tips penjagaan tayar. Nampak je remeh, tapi semua ni penting tau.


nampak tak keadaan tayar ni?? 

Firstly, kena la selalu periksa tekanan angin (tyre pressure). Pastikan angin untuk keempat-empat tayar tu balance dan ikut spesifikasi yang betul.. Kalau angin terlebih atau angin terkurang pun akan beri kesan kepada tayar. Tayar anda tentu akan makan.. Sekurang-kurangnya periksalah angin tayar setiap seminggu sekali.
~kalau tayar makan di bahagian tengah bermakna tekanan tayar terlalu tinggi.
~kalau bahagian tepi tayar makan lebih banyak berkemungkinan angin tayar terlalu kurang atau tak sekata. ~Fuel consumption (penggunaan minyak petrol) pun akan jadi tinggi kalau angin tayar kurang -enjin akan jadi berat la.

Buatlah pusingan tayar -alignment & balancing (tyre rotation-alignment & balancing) untuk setiap 10,000km interval. Dengan melakukan pusingan tayar, kita boleh maintain supaya tayar tu makan sama rata depan & belakang. Dengan cara ni tayar kereta kita akan bertahan lebih lama. Okey, mesti ada yang tanya apa itu tyre rotation?? Tyre rotation tu maksudnya kita tukar-tukar kedudukan tayar. Tayar yang berada kat depan kita bawa ke belakang. yang belakang pulak ditukar ke depan. ada juga yang buat pusingan secara (X) maksudnya bersilang.. pun boleh jugak cara tu.

Berkenaan alignment, ada orang cakap "elok je, tak lari pun buat apa nak buat alignment?" okey, pada saya tak ada masalah pun kalau tak nak buat alignment. tapi jangan la terkejut nanti tau-tau je tayar kereta korang dah makan. tak kisah la dia makan dalam, luar atau makan tinggi rendah (uneven). Faktor jalan memainkan peranan. jalan yang kita lalui tak semestinya elok je kan. kadang-kadang kita langgar lubang, benda-benda macamni la yang akan effect alignment. mungkin akan effect pada camber & caster jugak.

-macamne nak tau alignment kereta korang lari ke tak. mudah je.. try drive kat jalan yang lurus yang permukaan dia sekata. then cuba lepas steering. tengok kereta korang ada tarik sebelah tak. kalau belum pun satu tiang letrik tu dah pulling one side (tarik sebelah) maksudnya alignment dah lari la. tapi kalau selepas 3 tiang baru dia nak senget maksudnya oklah.. kalau dah lari apa yang patut kita buat?? Kejar la apa lagi.. hehehe, taklah.. kena la buat alignment tayar maksudnya..

Korang pernah ada pengalaman steering gegar masa driving espcially masa high speed (maybe 100kph keatas). Haaa, kalau jadi camtu berkemungkinan besar balancing punya hal la.. jadi, perlulah melakukan balancing tayar atau bahasa melayunya timbang tayar. Penting jugak balancing tayar ni tau. Agak-agak korang selesa ke kalau tengah pandu laju tapi steering gegar semacam je??

Okey, satu lagi tentang tayar.. pastikan tayar yang berkeadaan baik berada di hadapan. kalau boleh elakkan tayar yang ditampal (bocor, pancit dan sebagainya) berada di hadapan.. sangat bahaya jika tayar yang bermasalah samada dari segi bunga (haus) atau tayar yang ditampal berada di hadapan. Ini kerana tayar depan la yang akan memacu kenderaan anda.. Sangat bahaya kalau terjadinya sesuatu yang tidak diduga seperti tayar meletup, bocor, pancit. semua ni boleh mengundang bahaya terutama ketika kenderaan sedang dipandu laju.. risiko kemalangan & kecboleh dikurangkan jika tayar tersebut berada di belakang..

tayar pancit..

Banyak lagi kalau nak dicerita pasal tayar ni, tapi rasanya dah terlalu panjang entri kali ni.. insyaAllah akan datang akan bercerita lagi tentang tips-tips lain berkenaan kereta..

~Entri ini terhasil berdasarkan pengalaman & pengetahuan yang ada. Sekadar nak berkongsi ilmu yang ada.. mohon beri teguran kalau ada dari maklumat & info kat atas ni yang salah atau tidak tepat.
Semoga kita sentiasa beringat selalu.. Selamat sampai ke destinasi yang ditujui.

2 comments:

  1. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
    Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
    Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...

    ReplyDelete
  2. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
    Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
    Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...

    ReplyDelete