SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Tuesday, 18 October 2011

Jeruk Maman

Bahan-bahan ( 4-5 org makan )

1 ikat sayur maman (bole didapati di pasar mlm kat peniaga sayur kampung) Tak kenal? Silakan image search rupa dia..
Sedikit garam
Air mendidih

Cara-cara

Petik pucuk maman pakai tgn. Mcm petik pucuk paku jugak. Agak-agak dah liat tayah ambil lagi.
Cuci bersih-bersih. Sebab mungkin banyak pasir. Bilas beberapa kali. Tos kering.
Masak air hingga mendidih. Dalam periuk boleh, pakai cerek pun boleh.
Sayur maman yg bersih tadi masukkan dalam besen/mangkuk yg tahan panas. Tabur garam (1 sudu besar). Tuang air panas mendidih tadi smpai tenggelam semua sayur. Tutup besen dengan tutup periuk/apa-apa tutup jgn kasi stim keluar.
Lepas 1-2 jam sayur tadi dah sejuk dan layu. Kaut sayur tadi masuk dlm tupperware. Masukkan air sekali setakat basah.. yg lebih tu buang je. Rasakan garam pada air jeruk tu ok ke tak. kalo tak cukup masin tambah sikit lagi sesuai tekak masing-masing.
Dah bole dimakan dan disimpan dlm peti sejuk. Saya tak tambah asam sbb sayur tu akan masam sendiri.. tapi ada juga yg tambah asam keping, boleh juga. Bole titikkan cili api 3-4 biji dlm bekas yg sama. Sedap sebagai ulam, atau digulai dengan ikan.

No comments:

Post a Comment