SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

LCD Text Generator at TextSpace.net

Saturday, 29 October 2011
Resepi Sup Ekor Special
Bahan-Bahan:
1 kg ekor lembu
2 sudu makan rempah sup
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
5 labu bawang besar (dikisar)
5 ulas bawang putih (dikisar)
2 cm halia (dikisar)
2 helai daun pandan
2 biji kentang (dibelah 4)
1 btg carrot (dibelah 4)
3 biji tomato (dibelah 2)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga hingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia & rempah sup sehingga beraroma. Masukkan air diikuti ekor lembu. Rebus sampai empuk.
3. Setelah ekor lembu agak empuk, masukkan kentang, carrot dan tomato sehingga masak.
4. Masukkan garam & serbuk perasa jika mahu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment