SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Saturday 8 October 2011

Tanda-Tanda Awal Masalah Jantung


Sakit yang berkenaan jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Maknanya kemungkinan untuk menghadapi masalah jantung amatlah tinggi. Elok kita kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita ada masalah jantung.

1 Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit - berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.
2 Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan - Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
3 Lidah terasa tegang dan pendek.
4 Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
5 Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) - biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
6 Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang
7 Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
8 Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
9 Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
10 Rasa keletihan sepanjang masa.
11 Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
12 Degupan jantung tidak menentu.
13 Nafas terasa pendek.
14 Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
15Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
16 Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.

Kepantasan anda mendapatkan rawatan mampu menyelamatkan nyawa anda...


Serangan jantung merupakan punca kematian secara mengejut yang tertinggi. Oleh yang demikian setiap orang mesti mempunyai pengetahuan tentang serangan jantung ini. Di bawah ini akan diterangkan pengetahuan asas yang perlu anda tahu tentang serangan jantung...

Serangan Jantung Berlaku Apabila:-

1. Terdapat bahagian di dalam heart muscles yang telah mati.
2. Coronary arteries yang membekalkan darah ke heart muscles telah tersekat (proses ini dipanggil Atherosclerosis).

Faktor-Faktor / Risiko Untuk Mendapat Serangan Jantung

Faktor Yang Tidak Boleh Diubah:-
1. Lelaki.
2. Umur.
3. Keturunan.

Faktor-Faktor Yang Boleh Diubah:-

1. Merokok.
2. Tekanan Darah Tinggi.
3. Kencing Manis.
4. Kolesterol Tinggi.
5. Obesiti / Kegemukan.
6. Kurang Senaman.

Cara-cara Pencegahan:

1. Berhenti merokok.
2. Kepada mereka yang telah disahkan menghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi, pastikan anda membuat regular check up dengan doktor dan sekiranya ubat perlu dimakan, ikut aturan yang telah doktor berikan.
3. Kurangkan makanan yang mempunyai kolesterol yang tinggi seperti daging lembu, kambing dan kuning telur.
4. Perbanyakkan senaman, bersenam sekurang-kurangkan 3 kali seminggu.

Tanda-tanda Serangan Jantung:

1. Sakit Dada (bahagian tengah dada dan biasanya dada akan rasa berat atau sempit).
2. Berpeluh.
3. Loya dan/atau muntah.
4. Sesak nafas.

Tindakan Yang Perlu Di ambil Apabila Terdapat Tanda-tanda Serangan Jantung:

1. Hentikan aktiviti dan minta pesakit duduk atau baring.
2. Kalau rasa sakit melebihi 2 minit, call ambulan atau bawa pesakit terus ke hospital (Jangan bawa ke klinik kerana ada klinik tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi).
3. Jangan benarkan pesakit pergi sendiri ke hospital kerana bila-bila masa jantung pesakit boleh berhenti.

No comments:

Post a Comment