SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Saturday 8 October 2011

Kesan Masalah Buah Pinggang Anda Melalui Telinga


Masalah yang dihadapi oleh telinga kita mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku pada buah pinggang. Berikut beberapa petanda yang boleh dikesan:

Telinga terasa tersumbat.
Ini menandakan buah pinggang anda mempunyai toksin yang berlebihan.
Telinga berdengung.
Ini menandakan badan anda sedang dalam proses merawat buah pinggang anda yang lemah.
Kebiasaanya ia diikuti dengan terasa sakit pada bahagian tapak kaki ketika baru bangun dari tidur dan akan hilang selepas berjalan-jalan.

Jika anda mengalami keadaan berikut di bawah, bermakna buah pinggang anda memang dah teruk. Elok jaga buah pinggang sebelum jadi begini:

Bengkak-bengkak pada muka, pergelangan tangan, abdomen, peha dan buku lali
Kencing berbuih atau bercampur darah, atau berubah warna jadi pekat dan gelap
Jumlah air kencing berkurang, terasa sakit pedih ketika kencing, perubahan pada tabiat atau masa kencing
Terasa sakit belakang bahagian tengah di bawah tulang rusuk iaitu kedudukan buah pinggang
Darah naik tinggi.

Kalau ada semua itu elok buat pemeriksaan segera pada buah pinggang. Kadang-kadang buah pinggang hanya jem sementara dan akan lega balik dalam tempoh beberapa waktu.

Macammana nak jaga buah pinggang? mudah saja, hanya buat yang berikut di bawah:

Banyak minum air
Rajin bersenam
Jaga diet pemakanan
Elakkan semua perkara yang boleh membawa penyakit kencing manis.

No comments:

Post a Comment