SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Thursday 5 July 2012

kasiat berjenis kekacang

Walnut Kacang walnut merupakan kacang yang kaya dengan kandungan antioksidan dan omega 3 yang tinggi. Pengambilan walnut secara rutin dapat mengurangkan rasa sakit akibat mentruasi. Kacang ini juga baik dimakan ketika radang melanda. Almond Mau langsing? Makan kacang ini. Almond adalah salah satu jenis kacang kaya serat dan vitamin E. Selain mengawal berat badan, kacang ini juga dapat menurunkan gula darah dan meningkatkan bakteria baik dalam perut. Cashew Cashew atau kacang mete memiliki kandungan zat besi, zink, dan magnesium yang baik untuk mencegah anemia dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Untuk penderita Alzheimer juga digalakkan untuk pengambilan kacang ini secara rutin kerana ia dapat memperkuat kemampuan memori dan penglihatan. Pecan Untuk anda yang mencari makanan sihat khusus untuk jantung, pecan menjadi pilihan tepat. Ia kaya antioksidan yang mampu mencegah plak pada pembuluh arteri. Kacang Brazil Satu butir kacang ini dapat memberikan lebih dari 100 persen selenium yang berfungsi membantu meningkatkan kesihatan kekebalan tubuh. Macadamia Kacang ini amat sesuai bagi penderita kolesterol kerana kaya dengan lemak tak tepu Pistachio Kacang berkulit keras ini adalah sahabat untuk anda yang sedang menjalankan program diet. Di dalam kacang pistachio terkandung total 4 kalori setiap butir. Pistachio juga mengandungi kalium dan vitamin B6. Hazelnut Untuk anda yang suka menjaga kecantikan kulit, anda boleh mendapatkan vitamin E dalam kacang ini. Kacang ini juga mengandungi lemak tak tepu tunggal yang baik untuk jantung

No comments:

Post a Comment