SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Thursday 5 July 2012

petua hilang lendir bendi

Cara hilangkan lendir kacang bendi SAYUR kacang bendi memang sedap dimakan, terutama bila dicampurkan dengan lauk kari ikan atau asam pedas. Tetapi jika tidak tahu caranya, ia akan menyebabkan lauk anda berlendir. Untuk mengelakkan masalah ini, jangan potong kacang bendi terlalu awal. Sebaliknya, cuci kacang bendi dan potong atau kerat hanya bila hendak dimasukkan ke dalam kuah yang sedang mendidih atau ke dalam rencah yang sedang ditumis. Panduan simpan daging DAGING ayam, kambing atau lembu akan tahan segar lebih lama sekiranya anda gantikan pembungkus asalnya dengan kertas minyak. Bungkus daging itu dalam keadaan longgar bagi membolehkan lebih banyak udara beredar di dalamnya, sebelum ia disimpan dalam ruang beku petisejuk anda. Simpan kuning telur dalam peti sejuk KUNING telur yang berlebihan boleh disimpan dalam ruang beku petisejuk. Tetapi bagi mengelakkannya daripada mengental, campurkan kuning telur dengan sedikit gula atau garam. Cuka dapat hapus bau muntah BAU muntah tentu meloyakan. Tetapi bau ini boleh dihapuskan dengan menggunakan cuka. Caranya ialah bersihkan dahulu muntah itu kemudian renjiskan sedikit cuka pada bekas yang terkena muntah tadi.

No comments:

Post a Comment