SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Sunday 3 January 2016

BATU KARANG

BATU KARANG 

KHASIAT POKOK DUKUNG ANAK

Dukung Anak dikatakan amat sesuai untuk merawat penyakit Hepatitis B kerana tumbuhan herba ini boleh membersihkan darah dalam badan. 

Untuk menggunakannya adalah mudah.

Kita hanya perlu mengambil semua sekali pokok Dukung anak itu (kira-kira lima batang pokok) dan membersihkannya.Kemudian tumbuk pokok itu sampai hancur atau lumat. Masukkan ke dalam segelas air kosong dan terus minum.

Oleh kerana rasanya agak pahit, ia boleh dicampurkan dengan minuman lain.
Berdasarkan kajian saintifik, tumbuhan ini selamat untuk digunakan dan tidak berbahaya.

Tumbuhan ini sebenarnya terkenal di Amazon sebagai penawar penyakit karang hempedu.

Di Malaysia, Dukung Anak digunakan sebagai diuretik dan tonik selepas keguguran. Malah, ia turut digunakan sebagai penawar

1. Cirit-Birit,
2. Masalah ginjal,
3. Gonorrhea dan sifilis.

Manakala, jus atau ekstrak akar dan daun mudanya digunakan untuk menguatkan ginjal.

Masalah ginjal:

Air rebusan atau jus daun dan akar diminum.

Batuk:

Air rebusan daun muda diminum.

Lebam dan Ulcers:

Pupukan daun disapukan pada bahagian yang berkenaan.

Kencing Tak Tus (lawas):

Cara nya ambik beberapa batang pokok termasuk akar sekali.Bersihkan dan rebus dgn 5 cawan air hingga tinggal 1 cawan.Minum masa air telah suam.Selawat 3x sebelum minum.

Amalkan Selalu

in sya allah baik.

Selamat Mencuba.

No comments:

Post a Comment