SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Sunday 3 January 2016

LIMAU NIPIS


LIMAU NIPIS

UBAT DARAH TINGGI

1. Merawat Darah Tinggi.

Ambil sebiji limau nipis dan perah airnya dicampurkan dengan segelas air dan gula secukup rasa,Minumlah setiap pagi dan petang, lakukan sehingga darah tinggi anda akan beransur turun.In sha allah penyakit itu akan sembuh.

2.Menurunkan berat badan.

Amalkan setiap hari meminum air perahan limau nipis dua biji sehari,nescaya berat badan anda akan berkurangan amalkan selama sebulan,in sha allah akan nampak perubahan pada bentuk badan anda.

3.Untuk Suara Merdu.

Ambil sari air limau purut dicampurkan dengan sedikit kapur sirih,madu satu sudu teh dan sebuku garam kasar,campurkan semuanya dan minumlah seminggu sekali,In sha allah anda akan dapati suara anda bertambah sedap dikala bercakap, membaca Al-Quran,berazan,berzanji dan menyanyi.

4. Mengatasi kurang darah.

Sediakan sebiji kuning telur,sesudu madu,air limau nipis sebiji,
segenggam daun bayam merah yang terlebih dahulu ditumbuk dan diperah airnya,campurkan semua dan minumlah setiap pagi dan petang,In sha allah dalam masa tiga hari anda akan nampak lebih sihat dengan wajah kemerahan.

5. Mengempiskan Perut.

Digunakan masa pantang atau memang perut itu sedia lama buncit,maka bolehlah gunakan petua ini,Ambil air perahan limau nipis dicampurkan dengan kapur sirih dan minyak kayu putih, campurkan semuanya dan disapu pada bahagian perut dan pinggang,belakang serta paha,Boleh juga digantikan dengan campuran kapur sirih dengan asam jawa,
selamat mencuba.

6. Melembutkan tangan dan muka.

Ambil air perahan limau bersama-sama keratan buah limau nipis itu dan tenyehkan atau sapu pada bahagian muka,terutama wajah yang berminyak dan pada tangan anda, biarkan sepuluh minit,cucilah dengan air bersih,kita akan dapati tangan bertambah lembut dan wajah pun demikian hingga tidak berminyak lagi padanya.Boleh juga guna mentimun yang dicincang halus,parutan kentang,putih telur ,sapulah seperti cara tadi.

7. Batuk

Kalau batuk amat kuat dan telah hampir dua minggu ,tapi tidak juga sembuh walaupun telah makan ubat hospital.
Ambil air perahan limau nipis dicampurkan dalam air suam dengan sebuku garam kasar serta secamca madu asli.minumlah setiap kali rasa hendak batuk,bila lepas makan pula kumurlah dengan air yang bercampur air limau nipis , In sha allah dalam masa sehari sahaja akan nampak keberkesanannya itu,dalam masa tiga hari batuk itu akan hilang.

8. Ramuan Memulihkan Syawat.

Limau nipis dan airnya juga bolih memulihkan syawat hanya mencampurkan dengan sebiji telor ayam kampung yang dimasak tiga suku masak,masukkan serbuk lada, dan makanlah pada waktu pagi selang sehari,selama seminggu,in sha allah puan dan tuan akan terasa nikmatnya.

Harus diingatkan bahawa, sesungguhnya semua jenis tumbuhan adalah ciptaan ALLAH S.W.T dan setiap ciptaan ALLAH itu adalah yang paling baik

No comments:

Post a Comment