SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Sunday 3 January 2016

KHASIAT BUNGA ALAMANDA


KHASIAT BUNGA ALAMANDA UNTUK KESIHATAN.

Selain memiliki bentuk dan warna yang cantik,Bunga Alamanda ini memiliki banyak manfaat.Bahagian tanaman yang digunakan adalah akar, daun dan bunga untuk pengubatan.

Daun Alamanda memiliki kandungan alkaloida (senyawa basa bernitrogen yang kebanyakan heterosiklik dan terdapat di tumbuhan). 

Daunnya digunakan untuk penawar racun dan dipakai sebagai ramuan herba untuk penyakit bisul dan kurap. Rasa daun bunga alamanda ini pedas, pahit, berkhasiat laksatif (pencahar) dan penyebab muntah.

Kulit batang dan buahnya mengandung saponin.

Kulit batangnya mengandung tannin.
Buahnya mengandungi flavonoida (senyawa kimia aktif yang dijadikan sebagai ubat penyakit hati) dan polifenol (zat kimia yang memiliki sifat antioksida).

Getah bunga alamanda yang berwarna putih memiliki sifat anti bakteria dan juga antibiotik sehingga dapat dijadikan sebagai ubat penyakit kanser dan pencegah kuman atau bakteri.

Bunga ini juga dapat digunakan untuk mencegah komplikasi dari malaria dan pembengkakan limpa, serta dapat digunakan untuk pengubatan penyakit kuning.

BUNGA ALAMANDA UNTUK KESIHATAN·

Penawar racun.
Caranya :Sediakan 15 gram daun bunga alamanda segar cuci bersih dan rebus dengan 1 gelas air selama 15 minit hingga mendidih, dinginkan dan minumlah air rebusan daun bunga alamanda ini 2x sama banyak,selang satu jam.

Mematikan Jentik Jentik Nyamuk. Dan bahagian dari tanaman ini yang digunakan adalah getah dari batang bunga alamanda.

Ubat bisul dan kurap.
Cukup cuci bersih dan tumbuk halus bunga alamanda dan balurkan pada bagian yang terkena bisul tersebut.

Mengatasi sembelit.
Seduh daun alamanda, kemudian minum.

Ubat Disentri (keracunan makanan).
Batang tanaman bunga alamanda ini keras dan bergetah yang boleh dimanfaatkan untuk penyakit disentri.

Ubat Penyakit Kuning.
Bukan hanya batang, daun dan bunganya saja, tapi akar bunga alamanda ini juga memiliki manfaat untuk pencegahan penyakit kuning.

note:
Harus diingatkan bahawa, sesungguhnya semua jenis tumbuhan adalah ciptaan ALLAH S.W.T dan setiap ciptaan ALLAH itu adalah yang paling baik.

1 comment: