KHASIAT LALANG
Pegawai Laboratori Fitoubatan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), En. Tajuddin Abdul Manap menyatakan bahawa lalang boleh merawat pelbagai jenis penyakit. Kata beliau, diantaranya ialah sakit perut, lelah, demam, batu karang, kencing manis dan mengubati sakit akibat terkena gigitan binatang berbisa.
1. Mengecutkan Peranakan.
Ambilkan akar lalang campurkan dengan kemenyan dan dibakar, tetapi jangan sampai rentung. Kemudian bancuhkan dengan sedikit air dan tempelkan pada peranakan. Lakukan berulang-ulang kali. (Bagaimanapun, tegas En.Tajuddin, wanita mengandung ditegah mengikut amalan ini).
2. Kuat Tenaga Batin.
Akar lalang dicampurkan dengan beluru (akar kapang/sintok) dan rebung buluh gading, direbus dan diminum airnya.Tenaga Batin akan lebih kuat, ampuh dan mampu bertahan lama.
3. Lelah( Asma ) .
Rebuskan akar lalang, airnya campurkan dengan madu lebah dan diminum .
4. Untuk melawaskan kencing .
Akarnya dikeringkan dan direbus kemudian diminum. Sebaik-baiknya jika ada daun dukung anak boleh dicampurkan sekali lebih mujarab.
5. Mengubati Demam .
Akar lalang dikeringkan, direbus dan diminum hangat 1 sudu pada sekali minum atau secekak akar lalang direbus pada anggaran 4 gelas air dan direbus sehingga menjadi anggaran 2 gelas airnya, campurkan dengan gula batu atau madu dan diminum 3 kali sehari
6. Sengal Tulang, Urat dan Otot .
Daun lalang dibakar sehingga menjadi abu dan kemudian tempelkan pada bahagian yang sengal
7. Menawar Darah Tinggi .
Minum air rebusan akar lalang 3 kali sehari . pagi, tengahari dan malam
8. Penawar Siplis dan Buah Pinggang
Caranya dengan meminum air rebusan akar lalang secara berterusan mengikut peraturan yang tertib 2 kali sehari pagi dan malam.
9. Menyembuhkan Luka .
Tumbuk akar lalang hingga lumat dan tempelkan pada luka
10. Air mandian akar lalang .
Jika anda inginkan kesegaran rebus akar lalang dan campurkan dengan sebaldi air digunakan untuk bilasan mandi. Anda akan merasakan kesegarannya"Untuk penyakit sakit perut, lelah, demam, batu karang dan kencing manis, akar lalang digunakan dalam perubatan ini."Caranya ialah dengan merebus segenggam akar lalang yang telah dibersihkan dan diminum air rebusan berkenaan. "Pastikan air rebusan berkurangan kepada satu pertiga daripada paras air yang dijerang," jelas Tajuddin.Menurut beliau, bagi sakit demam, selain meminum air rebusan itu, pesakit juga boleh menggunakan air rendaman akar lalang. "Selepas dibersihkan, akar lalang itu direndam dengan air sejuk semalaman sebelum disapukan di kepala dan dahi pada keesokannya. "Kesejukan air rendaman akar lalang dipercayai dapat membantu mengurangkan suhu badan," tambahnya.Manakala bagi sakit terkena gigitan binatang berbisa, Tajuddin berkata, bunga lalang digunakan untuk mengubatinya.Jelas beliau, kaedahnya ialah dengan meramas-ramas bunga lalang tersebut sehingga lumat dan menampalkannya pada tempat terkena gigitan."Bagaimanapun, sebelum ditampalkan, bisa binatang tersebut perlu dikeluarkan terlebih dahulu. "Kemudian biarkan bunga yang dilumatkan itu melekat seharian sebelum menanggalkannya dan ditukar dengan tampalan lain," ujarnya.
Harus diingatkan bahawa, sesungguhnya semua jenis tumbuhan adalah ciptaan ALLAH S.W.T dan setiap tumbuhan ciptaan ALLAH itu adalah yang paling baik.

No comments:
Post a Comment