Bahan-bahan:
125g Mentega
125g Krim keju
60g Gula kastor
2 biji Telur
125g Tepung Naik Sendiri
Sedikit Garam
2 sudu besar Susu Segar
425 ml Anggur hitam (tanpa biji) ( dalam sirap, dituskan )
Sedikit Marjerin ( untuk melenser )
Bahan-bahan B: ( sos mangga )
300g Isi mangga ranum
200-250ml Air
3 sudu besar Gula
Cara-cara menyediakan:
(1) Putar mentega, krim keju dan gula kastor hingga kembang.
(2) Masukkan telur dan pukul hingga rata.
(3) Bubuh pula tepung dan Garam berselang seli dengan susu.
(4) Sapu mangkuk kecil dengan marjerin.
(5) Susun 3 - 4 biji anggur hitam dalam mangkuk kecil tadi.
(6) Tuangkan adunan kek agar menutupi anggur hitam.
(7) Kukus selama 20 minit atau hingga masak.
(8) Terbalikkan ke dalam pinggan dan sajikan dengan sos mangga.
(9) Untuk sos. Kisar mangga, gula & air
No comments:
Post a Comment