Bahan-bahan:
2 sudu besar Tepung jagung
1 sudu teh Bawang putih ( cincang )
1 ekor (sederhana) Sotong ( kulit dibuang )
50g (sederhana) Udang ( kulit dibuang tetapi ekor dikekalkan )
4 ketul Filamen ketam ( dipotong serong )
1 sudu teh Tepung ubi ( digaul dengan 2 sudu besar air )
½ cawan Air
Bahan A:
½ tin Cendawan jerami padi ( dipotong setengah )
8 keping Kacang buncis
½ batang Lobak merah ( dipotong ikut bentuk kesukaan )
4 ketul Jagung muda ( dipotong memanjang )
200g Kubis bunga ( dipotong floret )
5 ketul Taufu makanan laut ( digoreng )
3 kuntum Cendawan hitam ( direndam dan dipotong 4 )
BahanPerencah:
½ sudu besar Perencah Pati Ikan Bilis
¼ sudu teh Serbuk Lada Putih
1 sudu teh Sos tiram
Sedikit/secukup Garam
Cara Menyediakan:
(1) Potong bahagian dalam sotong secara bersilang (criss cross) untuk tujuan hiasan. Hiris sotong
(2) Panaskan minyak jagung dalam kuali, tumis bawang putih hingga naik bau lalu masukkan sotong dan udang.
(3) Tambah masuk bahan (A), kacau sebati dan tuangkan ½ cawan air dan masukkan bahan perencah. Kacau sekata.
(4) Pasang penutup kuali dan reneh selama kira-kira 30 saat.
(5) Pekatkan sos dengan tepung ubi.
(6) Hias dan hidang panas.
No comments:
Post a Comment