SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Saturday 13 July 2013

IKAN MASAK MANGGA PEDAS


Bahan-bahan: 2 biji Mangga Muda ( dicuci & dipotong baji ) 3 tangkai Serai ( ditumbuk ) 1 sudu besar Perencah Pati Ikan Bilis 2 sudu besar Minyak masak 200ml Santan pekat 150ml Air Bahan X: ( dikisar bersama ) 5 biji Cili merah 3 biji Cili padi 2 biji Bawang besar 3 ulas Bawang putih 3 biji Buah keras 50ml Air Bahan Y: ( digaul bersama ) 300g Filet ikan Senangin 1 sudu teh Serbuk cili ½ sudu teh Garam Cara Menyediakan: (1) Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali bertangkai, kemudian tumis bahan (X) & serai sehingga naik bau. (2) Campurkan 150ml air dengan separuh santan pekat, tuangkan campuran ke dalam kuali bertangkai. Gaul dengan rata dan didihkan. (3) Tambah masuk mangga muda dan pasang penutop. Reneh selama lebih kurang 10-15 min. (4) Masukkan Perencah Pati Ikan Bilis & filet ikan. (5) Setelah didih, tuangkan separuh santan pekat yang tinggal. Kacau sekata dan didih dengan api kecil. (6) Padam api selepas didih. Hidang panas dengan nasi.

No comments:

Post a Comment