Bahan-bahan:
500g Daging kambing bertulang
Secukupnya Air
2 sudu besar Minyak
2 sudu besar Minyak sapi
1 batang Kulit kayu manis
3 kuntum Bunga lawang
3 ulas Bawang putih ( dicincang halus )
1 biji Bawang besar ( dipotong dadu )
1 biji Tomato ( dikisar )
2 sudu besar Tomato puri
10g Kulit limau kering ( direndam 10 minit )
1½ sudu besar Rempah khabsa*
1 sudu besar Serbuk Lada Hitam
500g Beras basmati ( direndam 30 minit )
½ batang Lobak merah ( diparut memanjang )
50g Kismis
Sedikit Garam
Bahan Rempah Khabsa*:
1 sudu besar Bunga cengkih
1 sudu besar Jintan manis
1 sudu besar Jintan putih
2 sudu besar Ketumbar
1½ sudu besar Buah pelaga
1 sudu besar Serbuk cili
1 sudu teh Serbuk kunyit
2 sudu teh Serbuk Lada Hitam
Bahan Sos (dikisar):
3 biji Tomato
4 biji Cili hijau
5 tangkai Daun ketumbar
1-2 sudu besar Jus lemon
Sedikit Garam
1 sudu teh Gula
Cara Menyediakan:
(1) Untuk rempah khabsa. Goreng kering 5 bahan pertama. Bila terbit bau, angkat dan kisar halus. Campurkan dengan bahan lain dan serbuk Lada Hitam. Simpan dalam bekas kedap udara.
(2) Rebus kambing dengan air sehingga empuk. Sukat air rebusan, tambah air biasa sehingga 900 ml.
(3) Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga lawang, bawang putih dan bawang besar.
(4) Bila terbit bau, masukkan buah tomato, tomato puri, kulit limau dan rempah khabsa. Kacau 2-3 minit.
(5) Kemudian masukkan serbuk lada hitam, beras, air, lobak merah, kismis dan Garam. Kacau sekali-sekala sehingga kering airnya.
(6) Letak kambing di atas nasi, tutup periuk dan perlahankan api. Setelah 10 minit, bolehlah diangkat
No comments:
Post a Comment