SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Saturday 13 July 2013

KUAH TAUFU DENGAN UDANG


Bahan-bahan: 3 sudu besar Minyak masak 1 sudu teh Bawang putih ( cincang ) 12 ekor Udang sederhana ( dikupas kulit & ekor dikekal ) 500ml Air 1 sudu besar Perencah Pati Ayam Sedikit Garam 1 sudu teh Tepung ubi kentang ( digaul dengan 3 sudu besar air ) Bahan X: 1 kotak Taufu ( dipotong dadu ) ½ batang Lobak merah saiz sederhana ( dihiris nipis ) 5 kuntum Cendawan hitam kering ( direndam ) Bahan Y: ( dicampur-gaul ) 2 biji Telur ( dipukul ringan ) ½ sudu teh Serbuk Lada Putih Hiasan: Daun bawang, dipotong seksyen Cara Menyediakan: (1) Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih sehingga harum. Masukkan udang dan kacau. Sebaik sahaja masak, keluar dan ketepikan. (2) Tuangkan air ke dalam kuali yang sama dan didihkan. Taburkan Perencah Pati Ayam, lobak merah, taufu & cendawan. (3) Didihkan sebelum tambah masuk telur bahan secara perlahan-lahan.Masukkan tepung ubi kentang dan didihkan. Masuk semula bawang putih & udang goreng tadi. Jika perlu, taburkan Garam hingga cukup rasa. (4) Hias dengan daun bawang, hidang panas dengan nasi.

No comments:

Post a Comment