Bahan-bahan:
150g Keledek ( dikukus & lecek )
300g Tepung pulut
2 sudu besar Gula
230-260 ml Air suam
Sedikit Pewarna oren & merah
2 sudu besar Minyak
Secukupnya Daun pisang ( dipotong bujur )
Bahan Inti:
150g Pes kacang merah
Cara Menyediakan:
(1) Satukan keledek, tepung pulut dan gula hingga sebati.
(2) Campurkan air suam dengan pewarna.
(3) Buatkan lubang di tengah campuran tepung, bubuh minyak dan sedikit demi sedikit air.
(4) Uli menjadi doh yang lembut. Tutup dan biar 20 minit.
(5) Ambil sebanyak 25g adunan, isikan dengan 6g pes kacang merah.Bentukkan bebola.
(6) Sapukan sedikit minyak pada bebola, tekan ke dalam acuan kuih ang koo.
(7) Ketuk supaya kuih keluar, letak atas daun pisang.
(8) Kukus selama 5 minit. Buka penutup, lap bahagian bawahnya.
(9) Tutup semula, kukus selama 5 minit lagi.
(0) Keluarkan kuih, sapu minyak dan biar sejuk.
No comments:
Post a Comment