Bahan-bahan:
1 kg Lala ( dibersihkan )
1 cawan Biji jagung manis
1-2 sudu besar Udang kering ( dipotong dadu )
2 sudu besar Minyak masak
1 sudu besar Bawang putih ( dipotong halus )
1 sudu besar Bawang merah ( dipotong halus )
3 biji Cili padi ( dibuang biji dan dihiris )
1 sudu teh Perencah Pati Ikan Bilis
½ sudu teh Serbuk Lada Hitam
1 sudu besar Tepung jagung ( digaul dengan 2 sudu besar air )
2 tangkai Pasli
Cara Menyediakan:
(1) Panaskan minyak dalam kuali pada suhu sederhana.
(2) Masukkan bawang putih, bawang merah, cili padi dan udang kering. Kacau-goreng hingga naik bau.
(3) Tambahkan biji jagung dan masak hingga lembut.
(4) Masukkan lala, Perencah Pati Ikan Bilis dan serbuk Lada Hitam. Masak lala bersama dengan bahan-bahan lain selama 8-10 minit atau hingga lala mula membuka.
(5) Masukkan tepung jagung dan kacau sekata.
(6) Hidang dalam pinggan dan hias dengan pasli
No comments:
Post a Comment