SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Saturday 13 July 2013

SUP WANTAN


Bahan-bahan: 300g Dada ayam ( dicincang ) 300g Isi udang ( dicincang ) 3 sudu besar Daun bawang ( dipotong halus ) 120g Sengkuang ( dipotong dadu kecil ) 20 keping Kulit wantan 1 sudu besar Tepung jagung 2 sudu besar Air Bahan Perencah: 1 sudu besar Perencah Pati Ayam ½ sudu teh Serbuk Lada Putih 1 sudu besar Minyak bijan Sedikit/secukup Garam Bahan Sup: 1 liter Air 1 sudu besar Perencah Pati Ayam 1 ikat Sawi ( dipotong ) Cara Menyediakan: (1) Dalam satu mangkuk, campur-gaulkan ayam, udang, sengkuang dan semua bahan perencah hingga sebati. (2) Kemudian masukkan 2 sudu besar air, kacau perlahan-lahan lalu masukkan 1 sudu besar tepung jagung. Kacau sekata. (3) Balutkan inti dengan kulit wantan. Masak dalam air didih selama kira-kira 1 minit, bergantung kepada saiz wantan. (4) Angkat sebaik sahaja wantan masak. Hidang wantan dengan sup sawi. (5) Untuk menyediakan sup, didihkan air sebelum masukkan sawi dan Perencah Pati Ayam, kacau sebati dan sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment