SELAMAT DATANG MENJAMU SELERA

SELAMAT DATANG DAN MENJAMU SELERA MASAKAN KAMPUNG( SIANG) MASAKAN MAKANAN LAUT (MALAM) buatlah kerja macam seratus tahun lagi nak hidup(juga niat ibadah), ibadah khusus macam sekejap lagi akan mati. (asas dlm solat jangan tinggal berdosa!!!!!)
LCD Text Generator at TextSpace.net

Thursday 18 July 2013

jantung anda

Kenali Hypertensi Arteri Pulmonari

Jantung adalah seketul organ di dalam tubuh badan manusia di mana fungsinya adalah untuk mengepam darah yang beroksigen ke seluruh tubuh badan manusia dan juga mengepam darah yang kurang oksigen ke paru- paru.

Arteri Pulmonari pula ialah injap salur darah utama yang keluar dari jantung sebelah kanan.Jantung sebelah kanan akan  mengepam darah yang kurang oksigen ke paru- paru untuk menyerap oksigen. 
Jantung sebelah kiri pula akan bertugas untuk mengepam darah yang beroksigen ke seluruh anggota badan pula. Kitaran ini akan terus berlaku selagimana manusia hidup secara sihat.
Apabila salur darah arteri pulmonari menjadi sempit, sudah pasti ia tidak boleh menyalurkan darah dengan banyak. Ini akan sebabkan tekanan di dalam saluran ini meningkat. Proses ini disebut sebagai Hypertensi Arteri Pulmonari. Walaupun salur darah yang sempit menghalang banyak darah ke paru- paru, badan kita masih memerlukan oksigen yang mencukupi.
Oleh sebab itu, jantung kanan akan bekerja lebih kuat untuk mengepam darah ke paru- paru. Apabila situasi dibiarkan begitu sahaja, lambat- laun jantung akan membengkak dan boleh menyebabkan jantung gagal untuk berfungsi. Keadaan ini boleh berlaku kerana masalah Arteri Pulmonari itu sendiri ataupun masalah di paru- paru yang menyebabkan salur darah arteri menjadi sempit.
Antara Penyebab Hypertensi Arteri Pulmonari:
  • Darah beku di saluran arteri pulmonari
  • Jangkitan HIV
  • Paras oksigen rendah di dalam badan kronik
  • Penyakit autoimun yang merosakkan paru- paru seperti scleroderma
  • Ubat diet
  • Obstructive sleep apnea
  • Penyakit paru- paru seperti pulmonary fibrosis
  • Kegagalan Jantung Kongestif (CHF)
Cara merawat penyakit ini boleh diatasi melalui pembedahan atrial septostomy dan pemindahan jantung. Ia juga boleh dirawat melalui terapi oksigen dan gaya hidup yang sihat.

No comments:

Post a Comment