Bahan-bahan:
1 ketul Seluruh paha ayam ( dibuang tulang dan dipotong dadu )
3 sudu besar Tepung ubi kayu
120g Batang teratai ( dibuang kulit dan dihiris nipis )
5 kuntum Cendawan kering( direndam dan dipotong setengah )
2 kuntum Cendawan tiram raja segar (eryngii)
80g Lobak merah ( dipotong ikut bentuk kesukaan )
5 keping Kacang pis
10g Halia muda ( dihiris )
1 sudu teh Minyak masak
1 sudu teh Minyak bijan
Bahan Perencah (A):
1 sudu teh Garam
1 sudu teh Serbuk Lada Putih
1/8 sudu teh Minyak bijan
bahan Sos (B): ( dicampur-gaul )
1 sudu teh Kicap cair
2 sudu besar Sos tiram
1 sudu teh Perencah Pati Ayam
¼ sudu teh Serbuk Lada Putih
150 ml Air
1 sudu besar Tepung ubi keledek
Cara Menyediakan:
(1) Perap dadu ayam dengan perencah (A) sekurang-kurangnya 30 minit.Salut dengan tepung ubi kayu dan goreng-celup dalam minyak panas hingga keemasan. Angkat dan ketepikan.
(2) Panaskan minyak masak dan minyak bijan, goreng halia hingga naik bau. Tambah masuk cendawan, lobak merah dan batang teratai. Goreng seketika. Masukkan sedikit sos (B) dan kacau sekata.
(3) Tambahkan cendawan eryngii dan kacang pis. Masukkan sos (B) yang selebihnya. Didihkan. Reneh hingga sos mengering sedikit.
(4) Masukkan ayam dan goreng hingga sekata.
(5) Angkat dan hidang.
No comments:
Post a Comment