Bahan-bahan:
2 sudu besar Minyak masak
1 sudu besar Bawang putih ( cincang )
200g Kubis Cina ( dipotong 1 cm )
1 sudu besar Perencah Pati Ayam
3 cawan Air
500g Mi besar
Sedikit Bawang goreng
1 sudu teh Tepung jagung ( digaul dengan 1 sudu besar air )
Bahan-bahan A:
100g Udang, ( dibersih dan dikupas kulit )
100g Sotong ( dibersih dan dipotong gelang )
100g Filet ayam ( dihiris )
1 keping Kek ikan ( dihiris )
Bahan-bahan B (perencah):
1 sudu besar Kicap pekat
½ sudu teh Serbuk Lada Putih
1 sudu teh Garam
Hidang bersama: Sambal belacan
Cara Menyediakan:
(1) Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan air dan Perencah Pati Ayam, biar mereneh.
(2) Tambah masuk kubis Cina dan mi besar. Kacau sebati & reneh selama beberapa minit.
(3) Masukkan bahan-bahan (A) bersama dengan bahan-bahan (B). Masukkan bancuhan tepung jagung.
(4) Hias dengan bawang goreng dan hidang panas dengan sambal belacan
No comments:
Post a Comment