Bahan-bahan:
10 keping Roti putih
2 biji Telur
100g Kismis
10 sudu besar Gula
¼ sudu teh Garam
300 ml Susu segar
1 sudu kecil Esen vanila
Sos Vanila:
1 sudu besar Tepung jagung
250 ml Susu segar
2 sudu besar Mentega
1 sudu teh Esen vanila
5 sudu besar Gula
Hiasan:
100g Kepingan badam ( dibakar )
10 biji Ceri merah & hijau ( dicincang )
Cara Menyediakan:
(1) Satukan semua bahan dan rendam roti selama 20 minit. Biarkan sehingga roti menjadi lembut.
(2) Kemudian, masukkan ke dalam loyang bersaiz 7 x 7 dan kukus selama 25 minit.
(3) Untuk masak sos vanila, masukkan susu segar dan tepung jagung dalam satu periuk kecil.
(4) Masak dengan api perlahan sehingga didih, tutup api.
(5) Kemudian masukkan mentega, esen vanila serta gula, kacau dengan sekata.
(6) Hiaskan puding roti dengan kepingan badam dan buah ceri. Hidangkan bersama sos vanila
No comments:
Post a Comment