Bahan-bahan:
15 biji Telur puyuh rebus ( digoreng )
4 sudu besar Minyak masak
1 biji Bawang besar ( dipotong baji )
2 biji Cili hijau
2 biji Cili merah
3 sudu besar Cuka
4 sudu besar Gula
Secukup rasa GaraM
Bahan A: ( dikisar )
2 biji Bawang besar
3 biji Bawang putih
1 inci Halia
Bahan B:
2 batang Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang
2 sudu besar Biji sawi
bahan C: ( dibancuh )
100g Cili Boh
100 ml Air
Cara Memasak:
(1) Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar (A) sehingga naik wangi.
(2) Masukkan bahan (B) & (C), kacau hingga sekata.
(3) Kemudian masukkan cuka and gula, masak hingga pekat.
(4) Masukkan telur, cili hijau, cili merah dan bawang besar.
(5) Taburkan Garam secukup rasa dan gaul sehingga sebati.
(6) Hidang panas bersama nasi ataupun roti.
No comments:
Post a Comment